Monday 25 October 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI MENZIARAHI DAN MENGHULURKAN BANTUAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA RUMAH TERBAKAR

Sebuah rumah teres di Taman Ahmad Perang, Kota Tinggi telah ditimpa musibbah rumah terbakar. Ketua keluarga En Zainal memberitahu Jingga13 Kota Tinggi bahawa rumah mereka telah musnah keseluruhannya dijilat api pada pagi itu.  Ianya berpunca dari gas yang bocor. Tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku. Namun semua peralatan rumah musnah terbakar. 


Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama komradnya Sdri Aliz, Sdri Kamisah, Sdr Shaddiq telah turun menziarahi keluarga tersebut.

Sedikit bantuan dan sumbangan dapat dihulurkan kepada mereka bagi meringankan penderitaan mereka. Bantuan tersebut berupa barangan makanan kering dan basah, bantal, selimut, tikar, pakaian dan pelbagai makanan ringan.


En Zainal amat terharu dengan kehadiran kami dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak Jingga13 Kota Tinggi. Semoga En Zainal dan keluarga tabah dengan ujian ini. Insyaallah pihak berwajib akan segera membantu keluarga mereka.

Tahniah Jingga13 Kota Tinggi atas keprihatinan kalian.💖






#MuafakatPrihatinBerani