Thursday, 20 August 2026

PROGRAM LINDUNGAN 24 JAM – PERKESO SANTUNI KOMUNITI BUKIT CHANDAN

 KENYATAAN MEDIA. 

PROGRAM LINDUNGAN 24 JAM – PERKESO SANTUNI KOMUNITI BUKIT CHANDAN





KUALA KANGSAR, 20 Ogos 2026 — Program Lindungan 24 Jam – PERKESO yang dianjurkan secara bersama oleh Jingga13 Malaysia, PERKESO Kuala Kangsar, Pengurus Warong Port Berangan serta Komuniti Setempat Bukit Chandan telah berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan serta respons yang amat positif daripada komuniti Bukit Chandan dan kawasan sekitar Kuala Kangsar.


Program yang berlangsung di Port Berangan, Kampung Changkat Berangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar ini memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan secara terus mengenai perlindungan keselamatan sosial PERKESO.


Sesi taklimat selama hampir dua jam berlangsung dalam suasana santai, mesra dan terbuka, diselang-selikan dengan sesi soal jawab bersama komuniti. Pendekatan sebegini menjadikan penerangan lebih mudah difahami kerana masyarakat dapat mengemukakan persoalan berdasarkan situasi dan keperluan sebenar mereka.

Jingga13 Malaysia melihat pendekatan turun padang dan menyantuni masyarakat seperti ini amat penting.


Masyarakat bukan sahaja memerlukan maklumat, tetapi juga memerlukan ruang untuk bertanya, mendapatkan penjelasan dan berinteraksi secara terus dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan.


PERKHIDMATAN AWAM YANG MENYANTUNI RAKYAT

Jingga13 Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PERKESO Kuala Kangsar, khususnya pihak pengurusan dan pegawai yang hadir serta memberikan penerangan dengan penuh mesra, profesional dan prihatin.


Cara pengurusan dan pegawai PERKESO menyantuni komuniti kampung ini merupakan satu contoh yang baik tentang bagaimana penjawat awam dalam semangat Malaysia MADANI boleh bekerjasama dengan masyarakat dan pelbagai pihak untuk menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara lebih dekat, mudah difahami dan berkesan.


Bagi Jingga13 Malaysia, kerjasama seperti ini membuktikan bahawa hubungan antara agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat boleh diwujudkan dalam suasana terbuka, mesra dan saling menghormati, dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.


SINAMBUNGAN KERJASAMA

Melihat kepada sambutan dan respons positif daripada masyarakat, Jingga13 Malaysia berpandangan bahawa program seperti ini wajar diteruskan dan diperluaskan ke kawasan komuniti lain di Kuala Kangsar.


Jingga13 Malaysia bersedia untuk meneruskan kolaborasi bersama PERKESO bagi menganjurkan sesi penerangan di kawasan-kawasan komuniti yang memerlukan.


Pada masa yang sama, sekiranya terdapat permintaan daripada masyarakat, sesi kedua di Port Berangan juga boleh dipertimbangkan, khususnya bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir pada sesi pertama serta menjawab persoalan-persoalan yang mungkin timbul selepas masyarakat mendapat maklumat awal.


Kami percaya pendekatan “turun padang, dengar dan santuni” perlu terus diperkasakan supaya manfaat perlindungan sosial dapat difahami dan dinikmati oleh lebih ramai anggota masyarakat.


Jingga13 Malaysia sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada PERKESO Kuala Kangsar, Pengurus Warong Port Berangan dan seluruh Komuniti Bukit Chandan serta kawasan sekitar Kuala Kangsar atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.



Ini adalah contoh kolaborasi yang kita mahu lihat lebih banyak — kerajaan bersama rakyat, NGO bersama komuniti, demi manfaat masyarakat.

“Berani, Muafakat dan Prihatin”

Mikhael Iskhandaar

Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia.

BORAK UNGGUN API

BORAK UNGGUN API: PLATFORM SANTAI PERTUKARAN IDEA, PANDANGAN DAN IDEOLOGI



PORT BERANGAN, KG CHANGKAT BERANGAN, BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR - 19 OGOS - 9.00 MALAM

Satu program Borak Unggun Api telah dianjurkan melalui kerjasama strategik antara Jingga 13 selaku penganjur, Port Berangan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (MPM USAS). Program yang berlangsung di Port Berangan, Kampung Changkat Berangan ini mengetengahkan konsep perkongsian dan perbincangan secara santai dalam suasana yang lebih terbuka dan tidak formal. Berbeza daripada forum atau diskusi yang lazimnya berlangsung dalam suasana rasmi, Borak Unggun Api mengambil pendekatan borak santai sebagai medium untuk peserta bertukar idea, ideologi, pendapat serta pandangan terhadap pelbagai perkara yang dekat dengan kehidupan mahasiswa dan masyarakat. Pendekatan ini memberi ruang kepada peserta untuk menyuarakan pandangan dengan lebih terbuka, di samping mendengar perspektif yang berbeza daripada individu lain.


Konsep ini berteraskan kepercayaan bahawa perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan tidak semestinya berlaku dalam ruang yang formal. Sebaliknya, suasana santai yang jauh daripada kesibukan kota mampu mewujudkan ruang komunikasi yang lebih natural, mesra dan terbuka. Dengan ditemani suasana malam dan unggun api, peserta dapat berinteraksi tanpa terlalu terikat dengan struktur perbincangan formal.

Program ini juga menjadi satu platform untuk membudayakan dialog, keterbukaan pemikiran dan penghormatan terhadap perbezaan pandangan dalam kalangan mahasiswa. Pertukaran ideologi dan pendapat dilihat sebagai satu proses penting dalam membentuk mahasiswa yang mampu berfikir secara kritis, memahami perspektif berbeza serta berani mengemukakan pandangan dengan matang dan berhemah. Akhir kata, Borak Unggun Api bukan sekadar sebuah pertemuan di sekeliling unggun api, tetapi tentang ukhuwah dan sebuah ruang untuk idea, pandangan dan pemikiran dikembangkan.



ALIF HAKIMI BIN HUSSIN.

TIMBALAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA USAS

Sunday, 24 May 2026

 MEMORANDUM BANTAH PENGHINAAN TERHADAP PARA SAHABAT RASULULLAH SAW

16 Mei 2026 (Sabtu)

Perkarangan Pintu Utama SUK Selangor