Kenyataan Media
Jingga 13 Melaka
24 Oktober 2021
JINGGA13 MELAKA MENJUNJUNG DEMOKRASI : RAKYAT MELAKA HARUS MEMILIH PEMIMPIN BERINTEGRITI DAN MENOLAK POLITIK JIJIK
Jingga 13 Melaka yang sentiasa bersama rakyat Melaka, akur dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya ianya adalah kehendak rakyat yang melihat pilihanraya sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri ini. Hal ini, meskipun wabak Covid 19 masih lagi menunjukkan data kes harian yang tidak stabil khasnya di negeri Melaka sendiri.
Sekiranya PRN tetap diteruskan tanpa mengambilkira pandangan dan keresahan rakyat, maka Jingga 13 Melaka mengambil ketetapan seperti berikut :
1. Jingga 13 Melaka akur dan setuju dengan mana-mana pemimpin yang dipilih selaku calon untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka namun calon harus diteliti dan dipastikan kesetiaan dan kejujuran calon itu kepada nilai dan perjuangan bersama. Aktiviti melompat parti adalah permainan jijik yang merendahkan maruah serta integriti seseorang pemimpin dan tidak disenangi rakyat. Justeru, Jingga 13 Melaka mencadangkan agar satu Akuan Bersumpah(SD) Ikrar taat setia bertulis perlu dilaksanakan dan dihebahkan.
Biarlah rakyat melihat dan menjadi saksi secara umum kepada maruah pemimpin itu sendiri. Maruah pemimpin adalah pada janji yang dikotakan dan nilai-nilai yang ditegakkan, yang mana ia tidak dihakis oleh janji-janji manis pihak lawan dan asakan umpan dan ugutan. Tindakan bermaruah berpaksi teguh dengan pendirian untuk menjaga rakyat yang mengundi dan menggantung harapan kepada mereka.
Ikrar Aku Janji adalah sumpah setia amanah calon-calon atau bakal Wakil Rakyat kepada Tuan2 mereka iaitu para pengundi2. Individu2 yang tidak mahu melafazkan ikrar Aku Janji ini tidak usahlah berangan menjadi calon dalam pilihan raya Negeri Melaka. Sebagai rujukan, tindakan "Langkah Sheraton" dan Insiden Pecah Amanah/Mandat Rakyat menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat Negeri Melaka pada Pru-14 2018, yang telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik sehingga kini.
2. Jingga 13 Melaka mengingatkan semua pihak agar tidak cuba menangguk di air yang keruh dalam isu politik Melaka ini. Kepada pihak yang terlalu inginkan PRN Melaka menjadi kenyataan, ingat pesanan ini - Terima keputusan rakyat dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya rakyat sudah muak dengan sikap angkuh pemimpin yang mengambil semborono janji mereka serta meremehkan perasaan rakyat. Ingat, ini negeri Hang Tuah, tiada tempat untuk Si Kitol di sini.
3. Jingga 13 Negeri Melaka juga berpendirian untuk menyeru rakyat Negeri Melaka untuk menggunakan kuasa atau peruntukkan undang-undang untuk menghukum/memecat Adun2 yang mengkhianati/engkar mandat dan amanah rakyat seperti yang di sarankan oleh Bersih 2.0. Di sini, lampiran syor-syor susulan Bersih2.0 disertakan bersama kenyataan media ini untuk tindakan Pengundi/Rakyat Negeri Melaka.
**MUAFAKAT** *PRIHATIN** *BERANI**
Shah Kesuma Jaya
( Koordinator Jingga 13 Negeri Melaka)
Ammar Firdaus Bin Suboh
(Timbalan Koordinator Jingga 13 Negeri Melaka)
Md Ali Bin Mas'ud
(Bendahari Jingga 13 Negeri Melaka)
Syor-syor oleh Bersih 2.0