Kenyataan Media
Jinggganis
Jingga13 Negeri Johor
17 Julai 2021
DIMANAKAH KEADILAN UNTUK ADIK BELLA???
Jinggawanis Jingga 13 Negeri Johor memandang serius terhadap isu penderaan terhadap kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) sepertimana yang berlaku kepada Adik Bella .
Anak syurga ini yang sudah pasti suci dan tidak berdosa , tidak seharusnya menerima layanan yang sangat zalim. Kanak-kanak ini sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang bukannya didera dengan sedemikian rupa tanpa belas kasihan.
Sifat kanak-kanak OKU yang pastinya banyak ragam itu adalah perkara normal dan sebagai penjaga perlulah mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang bukannya melakukan penderaan fizikal yang tidak berperikemanusiaan .
Luluh hati apabila menonton video yang tular itu sehingga menitiskan airmata. Timbul persoalan di dalam hati "Ya Allah apa dosa adik Bella?? Kenapa adik Bella diperlkukan seperti itu??" .
Laporan berita Awani telah menyatakan bahawa pengasas rumah tersebut telah bebas dari tahanan reman. Apakah semudah itu dibebaskan ?? Di manakah keadilan untuk adik Bella?? Selonggar itukah undang-undang negara kita ??
Ini juga memaparkan Akta Kanak-Kanak 2001 ini seolah-olah tidak begitu kukuh dan tidak memberi jaminan bagi melindungi anak-anak yang telah menjadi mangsa penderaan.
Justeru sebagai rakyat mahaen dengan rendah hatinya ingin merayu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memantau semua rumah-rumah kebajikan ini. Sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak ini khususnya kanak-kanak OKU. Mereka tiada daya untuk melawan jika didera. Mereka juga takut untuk mengadu dan mungkin kebarangkalian ada antara mereka yang diugut untuk tidak berkata benar.
Jinggawanis Jingga13 Negeri Johor juga berharap agar pihak JKM, dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang setegas-tegasnya kepada PENGASAS RUMAH BONDA KUALA LUMPUR ini tanpa sebarang kompromi.
Walaupun isu ini masih dalam siasatan namun kami menuntut agar tindakan sekeras kerasnya kepada PENGASAS RUMAH BONDA KUALA LUMPUR yang seharusnya bertanggungjawab di atas insiden terhadap adik Bella.
"JUSTICE FOR ADIK BELLA"
Muafakat*Prihatin*Berani
NOR NAZURAH MOHAMAD NOR
Koordinator Jinggawanis
Jingga 13 Negeri Johor