Saturday, 17 July 2021

SUMBANGAN JINGGA13 KOTA TINGGI KEPADA 4 KELUARGA SUSAH DI DALAM PARLIMEN TENGGARA.

Jingga13 Kota Tinggi segera menyalurkan bantuan sebaik sahaja menerima aduan dari beberapa keluarga yang mengharapkan bantuan.

Penerima bantuan yang pertama, Sdr Mashurin yang menderita penyakit stroke sejak 3 tahun lepas hanya mengharapkan pendapatan isteri beliau. Pkp ini, isteri beliau tidak dapat bekerja dan hanya mengharapkan bantuan Baitulmal sebanyak rm250 sebulan. Jumlah ini tidak mencukupi untuk menyara kehidupan.

Penerima kedua, Sdri Siti Ainon yang tinggal bersama adiknya yang kedua2nya merupakan insan istimewa mentel. Mereka tidak bekerja sama sekali dan hanya memperolehi hasil kebun felda setelah kedua ibubapa mereka meninggal dunia.

Penerima ke 3, Puan Angah yang tidak dapat berniaga sepanjang pkp ini, sementara suami beliau yang bekerja sebagai tukang rumah juga kurang bekerja kerana projek terhenti akibat pkp. Puan Angah pula sedang sarat mengandung dijangka akan bersalin bulan hadapan.

Penerima ke4, Puan Mastura yang juga terputus bekalan makanan dan kehabisan duit berbelanja. Hanya mengharapkan bantuan adikberadik yang datang membantu.

Menurut Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi, kesemua penerima tersebut telah menghubungi beliau memohon bantuan.  Sumbangan yang dihulurkan adalah barang makanan dan barangan dapur yang asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, kopi, teh, bihoon dan makanan kering.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga. Dan sama-sama kita berdoa agar segera bebas dari pendemik covid19 ini.


#MuafakatPrihatinBerani