Wednesday 6 January 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI BERGOTONG ROYONG BERSIH RUMAH MANGSA TANAH RUNTUH

Hujan yang berterusan selama 3 hari tanpa henti telah mengakibatkan banyak kawasan yang berlaku banjir, jalan terputur dan tanah runtuh. Termasuklah dirumah Bonda Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Negeri Johor yang mengalami tanah runtuh.






Runtuhan tersebut telah mengakibatkan tembok penghadang tanah turut pecah. Namun tiada berlaku kemalangan jiwa yang berlaku.

Menurut Bonda beliau, tembok tersebut sudah berusia hampir 20 tahun, dan beliau tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku. Sedangkan binaannya benar2 kukuh.

Atas keperhatinan Jingga13 Kota Tinggi, Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama komrad2 yang lain telah turun membatu dan bergotong royong membersihkan dan membuang sisa-sisa runtuhan. Runtuhan berserta batu-batu telah menyulitkan kerja2, jadi backhoe (JCB) digunakan bagi melancarkan kerja2 pembersihan.


Terima Kasih kepada Jingga13 Kota Tinggi kerana prihatin akan musibah yang menimpa keluarga Zabidie. 


#MuafakatPrihatinBerani