Wednesday 6 January 2021

JINGGA13 PERLIS ZIARAH KASIH PAKCIK CHE AIM DERITA SAKIT SEL LUTUT DAN PROSTAT

Pada 6 Januari 2021 - Rabu - Jingga 13 Negeri Perlis, menyampaikan sumbangan kepada Pakcik Che Aim Bin Che Noor yang juga merupakan ayahanda kepada Pemangku Setiausaha Jingga 13 Negeri Perlis, Sdra Rosmaini.

Pakcik Che Aim yang mengalami masalah pergerakan kerana masalah sel lutut dan bengkak di bahagian prostat / saluran kencing. Rawatan dijalani mengikut penetapan tarikh temujanji yang ditetapkan oleh HSB Alor Setar. 

Sumbangan berupa barangan keperluan rumah dan kerusi roda yang dipinjamkan sementara untuk kegunaan beliau disampaikan oleh Timb. Koordinator Jingga 13 Negeri Perlis Saudara Nashriq.