Wednesday 6 January 2021

DS JALIL SAH SEBAGAI KOORDINATOR JINGGA13 BATU PAHAT

 Assalamualaikum

Saya engambil maklum tentang bantahan yang diutarakan atas PERLANTIKAN DATO SERI JALIL BIN SIAM SEBAGAI KOORDINATOR JINGGA 13 BATU PAHAT atas alasan beliau bukan anggota parti dan terlibat dengan jenayah penipuan dan sebagainya.

Saya sendiri telah menyiasat akan perkara tersebut dan maklumat yang terima dari pihak PDRM, beliau DATO SERI JALIL BIN SIAM , sehingga ke hari ini 6 Jan 2021, tiada rekod jenayah kepada beliau di mana-mana Balai Polis atau didakwa di mana-mana mahkamah.

Beliau juga disahkan adalah merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Pahat bernombor J11000004529 dan telah menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat sejak 31Disember 2007 lagi . 


Oleh yang demikian, Saya selaku KETUA KOORDINATOR JINGGA 13 MALAYSIA berpendapat beliau tiada masalah untuk dilantik sebagai KOORDINATOR JINGGA 13 BATU PAHAT dan saya amat berbesar hati menerima beliau dalam keluarga besar JINGGA 13 MALAYSIA, semoga beliau dapat membantu rakyat dengan membawa nama JINGGA 13 seterusnya dapat membantu PARTI KEADILAN RAKYAT dan berdiri teguh bersama YB DS Anwar Ibrahim sebagai Penaung Jingga13 Malaysia . 

Sekian, terima kasih


#MuafakatPrihatinBerani


Fariz Musa

Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia


S.K 

Afzainizam Abd Rahman ,

Setiausaha Jingga13 Malaysia 


Zabidie Abas ,

Koordinator Jingga13 Johor