Saturday 9 October 2021

JINGGA13 JOHOR DAN KOTA TINGGI MEWAKILI DS DR WAN AZIZAH SAMPAIKAN CEK SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM KEMATIAN BAPA KERANA COVID19 DI KOTA TINGGI

Selepas di Tiram Parlimen Tebrau Jingga13 Johor seterusnya bergerak bagai menyempurnakan majlis penyerahan cek sumbangan daripada YB DS Dr Wan Azizah Ismail , Pengerusi Yayasan Aman kepada anak yatim dan keluarga yang kematian ayah/suami akibat Covid19 di Kota Tinggi.

Bersama Jingga13 Johor dan Kota Tinggi, Komrad Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Johor dan Komrad Kamal , Koordinator Jingga13 Kota Tinggi telah mewakili YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , Pengerusi Yayasan Aman menyerahkan Cek kepada Puan Hadayatunuha dan anak beliau di Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi. 

Suami beliau telah meninggal dunia akibat pendemik Covid19 sebulan yang lalu. Arwah juga meninggalkan seorang anak kecil yang berumur setahun setengah. Adalah amat sukar apabila Pn Hidayatunuha tidak bekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau akan berusaha mencari pekerjaan setelah pendemik ini selesai bagi menyara beliau dan anaknya yang masih kecil itu . 


Jingga13 Johor merakamkan ucapan takziah dan salam kedukaan kepada keluarga arwah. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah meringankan perbelanjaan harian mereka.

Terima kasih yang setinggi-tingginya diucapkan kepada DS Wan Azizah Wan Ismail Pengerusi YAYASAN AMAN atas keprihatinan dan segera membantu keluarga ini. Inilah sikap dan tindakan Mantan Timbalan Perdana Menteri yang sentiasa peka dan simpati terhadap kedukaan rakyat terutama anak-anak yatim yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya .