Friday 13 August 2021

PARA PENENTANG TS MAHIADDIN DAN KERAJAAN PN, MUAFAKATLAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Media

JINGGA13 Malaysia 


13 Ogos 2021 

PARA PENENTANG TS MAHIADDIN DAN KERAJAAN PN, MUAFAKATLAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA 

Jingga13 Malaysia merayu dan memohon kepada semua 120 Ahli Parlimen yang menentang TS Mahiaddin Md Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar bermuafakat sewaktu membuat keputusan yang paling terbaik untuk rakyat Malaysia.  

Seperti kita ketahui,  kegagalan Kerajaan PN dalam menangani pendemik Covid-19 meletakkan negara dan rakyat dalam keadaan yang sangat tertekan, ekonomi yang semakin merudum dan jumlah jangkitan Covic19 yang sentiasa meningkat, di mana kes baharu adalah sebanyak 21,668 orang.

Jingga13 Malaysia merayu dan memohon agar isu perlantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baharu janganlah dipolemik dan dipolitikkan. Di mana  akhirnya rakyat dan negara yang menjadi korban. Isu utama negara hari ini dahagakan perhatian yang hanya boleh diperolehi melalui permuafakatan dan kesepakatan Ahli-Ahli Parlimen. 

Jingga13 Malaysia berdiri teguh menyokong cadangan Pakatan Harapan mencalonkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau sekarang ini, adalah merupakan calon yang paling terbaik untuk memimpin negara ini agar kembali ke landasan yang sewajarnya dengan sokongan semua Ahli Parlimen .

Tolonglah, kami merayu kepada semua Ahli Parlimen yang menentang TS Mahaiddin Md Yassin dan Kerajaan PN, lunaskanlah tanggunjawab anda demi negara dan rakyat Malaysia MUAFAKATLAH.  


Muafakat*Prihatin*Berani 


FARIZ MUSA 

Ketua Kootdinator 

JINGGA13 Malaysia