jingga13 Kelantan telah mengambil tindakan positif dengan melaksanakan Ziarah Prihatin 3 warga yang sedang bergelut dengan penyakit di sekitar Kota Bharu.
Timbalan Koordinator Jingga13 Kelantan Komrad Mat Lazim Nawang , bersama Setiausaha Jingga13 Kelantan Komrad Syuzyelawati Safii , Bendahari Komrad Norrulaini Safii dan Jinggawanis Komrad Rosmielia Syahemi telah turun padang menyampaikan sedikit sumbangan barangan makanan agar dapat meringabkan bebanan mereka sekeluarga.
Ziarah Prihatin Pertama ialah Pak Cik Yusof bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan Pak Su Win yang berunaur umur 74 tahun di Kg Kubur Kuda. Kota Bharu . Sudah setahun Pak Su Win mengalami stroke tahap 3 . Dengan keadaan keuzuran tersebut Pak Su Win hanya mengharapkan bantuan daripada anak-anaknya sahaja.