Kesengsaraan rakyat khususnya yang bekerja sendiri atau beketja dengan gaji harian benar-benar terkesan kerana tidak dapat bekerja. Sudah pasti keperitan tersebut benar-benar dirasai oleh mereka.
Justeru Jingga13 Kelantan telah turun kelapangan dengan mengadakan ziarah kasih kepada 3 keluarga yang terkesan dengan PKP di Mulong, Kota Bharu ..
Komrad Riezal Abdul Rahim, Koordinator Jingga13 Kelantan bersama Komrad Syuzyelawati Shafii , Setiausaha Jingga13 Kelantan telah menghulurkan sumbangan barangan makanan kepada 3 keluarga tersebut dengan harapan dapat meringankan bebenan yang ditanggung oleh mereka.