Tuesday 6 July 2021

GEMPAR!!!! MAKAN DAUN UNTUK HIDUP!!!

Isnin - 5 Julai 2021, Jinggawanis  Jingga13 Malaysia yang di wakili oleh Koordinator Jinggawanis Liny Obliza dan Setiausaha Jinggawanis Mazliwati telah melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Pakcik Zaidon setelah mendapat maklumat dari jiran yang ternampak bendera putih dihadapan rumah.


Pakcik Zaidon sudah 2 bulan tidak dapat meniaga sehingga anak dan isteri terpaksa tinggal dirumah adik-beradik yang lain kerana tiada makanan. 

Liny Obliza memberitahu , " yang sangat menyedihkan bila Pakcik Zaidon dengan keadaan menangis teresak-esak menceritakan yang beliau terpaksa makan daun tanaman depan rumah bagi mengalas perut , kami menangis mendengarnya ".

" Makanan sudah habis dalam rumah,  beras pun sudah habis , Pakcik tak tahu nak minta pertolobgan dengan siapa , nak mintak dengan jiran pakcik dah malu ,  Pacik lapar , pakcik terpaksa makan daun tanama pokok bunga yang di halaman rumah pakcik " , dalam keadaan menangis teresak-esak Pak Pakcik Zaidon bercerita.  

Keadaan kesihatan Pakcik Zaidon juga kurang baik memandangkan Pakcik Zaidon mengidap penyakit misteri, dimana kedua belah kakinya membengkak dan menyukarkan beliau untuk bergerak.

Jinggawanis berharap Pakcik Zaidon mendapat perhatian pihak kerajaan untuk mendapat bantuan Sara hidup.


Kepada sesiapa yang sdi menghukutkan sumbamgan atau sedekah keoada Pakcik Zaidon dengan menghubungi koprdinator Jinggawanis Pusat Komrad Liny Obliza di talian / whatsup 0176896803