Wednesday 12 May 2021

BAKUL REZEKI SEMPENA AIDILFITRI DIHULURKAN OLEH JINGGA13 KOTA TINGGI KEPADA ASNAF

Hari Raya Aidilfitri hampir tiba, persiapan Menyambutnya Kian terasa. Bagi golongan yang kurang bernasib baik tidak Pernah dilupa. Menghulurkan sumbangan  seberapa terdaya


Jingga13 Kota Tinggi menyantuni ASNAF dan gulangan miskin untuk menghulurkan sumbangan BAKUL REZKI. Seramai 5 penerima dari Kota Tinggi dan 5 penerima dari Tenggara telah menikmati sumbangan ini.



Terimakasih kepada semua Komrad Jingga13 Kota Tinggi yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini terutama sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator, Sdr Norjepri Jailani Timb Koordinator, Sdr Salim, Sdri Misah, Sdri Aliza dan Sdri Rosnita.


Jutaan terimakasih juga diucapkan kepada penyumbang yang prihatin khusus kepada Komrad2 Jingga13, peniaga2 D'mart, peniaga2 runcit, Tuan Hj Rashid (penyumbang 40 kotak kurma), Sdr Norjepri, Sulauiman Nasi ayam Penyek, Fakharuddin serta YB Gopalakrisman Adun Tiram.

Penerima sumbangan yang terdiri dari ibutunggal, pesakit terlantar, peniaga kecil yang hilang punca kewangan Dan orang yang kurang bernasib baik.

Alhamdulillah segala rezki yang dihulurkan dapat dikongsikan bersama mereka agar sama-sama dapat menikmati suasana raya dengan lebih bermakna.



Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh Warga Kota Tinggi dan juga komrad2 Jingga13 Kota Tinggi.



#MuafakatPrihatinBerni