Friday, 23 April 2021

JINGGA13 KLUANG RAYU BANTU PAKCIK OTHMAN DERITA PARKINSON , BUMBUNG RUMAH HAMPIR ROBOH

Khamis, 22 April 2021 , sempena Program Jejak Asnaf Ramadhan , Jingga13 Kluang telah menjejaki satu keluarga warga emas . Sdr Jaafar Matek , Koordinator Jingga13 Kluang bersama-sama Komrad Sdr Rosli  meluangkan masa melawat sepasang warga emas tersebut di Kg Bentong Dalam, Kluang, Johor



En Othman bin Md Nopiah, 64 tahun yang mengalami penyakit parkinson tinggal bersama isterinya dalam sebuah rumah kampong yang agak usang.

En Othman tidak berkerja, begitu juga isterinya hanya mengharapkan anak-anaknya yang tinggal di tempat lain mengirim wang belanja bagi meneruskan kehidupan.


Banyak kerosakan pada rumahnya, terutama bahagian bumbung yang hampir runtuh dan ada yang telah tiada selain kerosakan pada dinding dan siling rumahnya.

Jingga 13 Kluang akan cuba berusaha bagi membantu dan merayu mana-mana pihak untuk membaiki rumah warga emas tersebut, terutama bahagian bumbungnya.


Muafakat-Prihatin-Berani