Saturday 23 May 2020

"ZIARAH KASIH RAMADAN" JINGGA13 PERLIS DAN PADANG BESAR SANTUNI 10 ASNAF DI KAWASAN PARLIMEN PADANG BESAR , PERLIS

Pada hari Khamis , 21 Mei 2020 , Jingga13 Perlis dan Jingga13 Padang Besar meneruskan sumbangan melalui program *"Ziarah Kasih Ramadan" dengan menyantuni seramai 10 keluarga asnaf didalam kawasan Parlimen Padang Besar, Perlis.




Ziarah Kasih Ramadan ini dihadiri oleh Wakil Jingga 13 Negeri Perlis, Sdra. Rosmaini (AJK Jingga13 Negeri Perlis), bersama Koordinator Jingga13 Kawasan Padang Besar, Sdra. Abg Rahman.



Alhamdulillah..ziarah Kasih Ramadan akan terus dijalankan minggu ini dan sehingga ke sehari sebelum raya untuk membantu golongan yang memerlukan..



Terima Kasih kepada semua yang terlibat serta menjayakan program ini dan diharap dengan sedikit sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada mereka.
InsyaAllah..


Terima Kasih kepada penderma Dan penyumbang Jingga13 Negeri Perlis.
Semoga anda semua dirahmati dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya..

#Muafakat
#Prihatin
#Berani
#kompenJ13perlis