Thursday 14 November 2019

Jingga13 Perlis bersama Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Kangar lawat 3 asnaf di DUN Sena , Parlimen Kangar

13 November 2019 , Jingga13  Perlis ziarah 3 buah keluarga di dalam DUN Sena,  Parlimen Kangar.
Turut serta dalam ziarah kali ini adalah Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar Tuan Khizairi Khizan.





Rumah pertama yang kami ziarah ialah rumah Makcik Minah Binti Taib yang beralamat di Lorong Perdana Kampung Alor Lanchang Jejawi.

Makcik Minah menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi dan saraf tulang belakang.
Selama 5 tahun makcik minah terpaksa mengengsot untuk bergerak dan mengharapkan bantuan dari keluarganya.

Makcik Minah tinggal bersama anak dan menantu nya dan tiada bantuan JKM.




Rumah Kedua yang kami ziarah bekas pekerja bandaran Kangar.

Beliau mengalami buta kedua belah matanya selepas menghidap ketumbuhan dalam kepala dan ketumbuhan tersebut menghimpit saraf mata.
Beliau dapat kesan ketumbuhan pada bulan 12 tahun 2004 dan berulang alik ke hospital Penang dari tahun 2004 hingga 2012.
Pada tahun 2012 mata beliau mulai tertutup selepas terhantuk di stereng kereta dan jatuh tangga pada tahun 2018.


Beliau diurus oleh emak dan anak lelakinya.
Selain ketumbuhan beliau juga mengalami tyroid dalam darah.

Untuk bantuan beliau sedang memohon bantuan JKM selepas mendapat kad OKU.




Rumah ketiga pula ialah rumah makcik Chah binti L.Hamid yang berumur lebih 101 tahun yang beralamat di No12 Lorong 4 Jejawi Alor Lanchang Jejawi.

Makcik Chah tinggal bersama anak,menantu,cucu dan cicitnya seramai 5 orang.

Makcik Chah tiada sakit apa-apa hanya mengalami sakit tua dan tidak boleh bangun kerana terjatuh di bilik air dan patah paha.

Makcik Chah terpaksa mengharapkan anak dan menantu untuk mengurus makan dan minumnya.

Jingga13 menyerahkan sedikit sumbangan barangan makanan kepada keluarga terbabit dan pihak kami akan cuba menolong sedaya mampu dengan usahasama Pejabat Parlimen Kangar.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan barang keperluan bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 dan Bendahari Jingga13 Perlis Yana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.
Semoga Penyumbang Dimurahkan Rezeki hendaknya..
Amin Ya Rabbal Alamin

#Muafakat
#Prihatin
#Berani