Tuesday 1 October 2019

Jingga13 Perlis Laksana Ziarah Kasih Dua Famili Asnaf

Tanggal 30 September 2019 ,  Jingga13 Perlis menjalankan program " Ziarah Kasih" kepada dua lagi keluarga asnaf di sekitar DUN Kayang , Perlis . 


Keluarga pertama yang Jingga13 Perlis  kunjungi ialah Makcik Hasnah binti Mat yang beralamat No 49 Lorong 4 , Kampung Baru, Tok Kuning 01000 Kangar Perlis.



Makcik Hasnah tinggal bersama suami Pakcik Ismail bin Hassan.
Makcik Hasnah dan Pakcik Ismail keduanya menghidap penyakit kencing manis dan tinggal bersama anak dan cucu di dalam satu rumah seramai 15 orang.



Rumah asnaf seterusnya kami pergi rumah seorang makcik yang tinggal bersama anak lelakinya beralamat di Kg Baru Tok Kuning Kayang 01000 Kangar.

Kami difahamkan makcik ini bernama Minah binti Nayan yang mengalami masalah penglihatan sahaja dan tiada penyakit lain.


Untuk makan minum makcik Minah bergantung pada cucunya yang tinggal bersama.

Untuk bantuan bolehlah pergi sendiri di alamat berikut Kg Baru Tok Kuning Kayang 01000 Kangar Perlis.

Kami mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak atau individu untuk membantu meringankan beban keluarga ini.

Untuk sumbangan berupa makanan boleh hubungi Koordinator jingga13 Perlis di talian 0146899091 atau Whatsapp Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 0174390805