Tuesday 1 October 2019

Adik Nur Qaseh Hanania derita Leukimia Kronik , ayah dibuang kerja , dihalau dari rumah sewa ! Jinggawanis rayu belas ihsan rakyat Malaysia

30 September, 2019 Jinggawanis yang di wakili oleh Saudari Liny Obliza telah melawat  adik Nur Qaseh Hanania bt. Mohd Hashiril ( 10 tahun ) di Hospital Besar Kuala Lumpur.


Adik Nur Qaseh Hanania kini derita Canser darah ( Leukimia Kronik TCELL ALL LEUKIMIA ) sudah 3 bulan berada hospital bagi menjalankan rawatan Kemoterapi.  Adik Nur Qaseh Hanania mula sakit pada awal April, 2019 dan mula mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada bulan Julai, 2019.


Adik Nur Qaseh Hanania anak kedua dari 6 adik beradik-adik juga dilaporkan agak kritikal, di mana doktor memberitahu peluang untuk sembuh hanya 50%. Ibu dan bapa Nur Qaseh Hanania juga kini sedang dalam keadaan yang sukar di mana kedua-dua mereka tidak bekerja dan perlu berada di hospital juga perlu menjaga anak-anak yang lain.



Bapa adik Nur Qaseh Hanania, Mohd Hashiril Bin Hashim telah dibuang kerja, Ini kerana En. Hashiril perlu berada di hospital dikebanyakkan waktu bagi menjaga adik Nur Qaseh Hanania. Dan yang paling menyedihkan mereka sekeluarga telah di halau dari rumah yang mereka sewa di Kg. Cheras Bharu dan sekarang menetap di rumah Ibu mertua, di Flat Samping.
   
Jinggawanis, Jingga 13 Malaysia rayu sumbangan untuk keluarga Adik Nur Qaseh Hanania bagi meringgankan beban dan derita yang dialami oleh keluarga mereka. Sumbangan boleh terus ke :-

Mohd Hashiril bin Hashim
2400020040952
Ambank
Sebarang pertanyaan boletus menghubungi Sdr Hashiril di talian 01162050588