Saturday, 24 January 2026

Salam Takziah


23 Januari 2026.

Ucapan Takziah

Al-Fatihah

Ucapan takziah Dari keluarga besar Jingga13 Malaysia buat seluruh ahli keluarga Almarhum Arman Abdol Kornain.

Beliau merupakan salah seorang Komrad Jingga13 Banting yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan jiwa raga dalam aktiviti kebajikan bersama NGO Jingga13.

Khususnya ketika misi bantuan banjir besar di Kelantan tahun 2014, Almarhum telah turun ke lapangan dengan penuh dedikasi untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, dan diberikan ketenangan di alam barzakh.

Aamiin Ya Rabbal Allamin