Rukun Negara adalah dasar negara Malaysia yang menjadi panduan dalam membina keharmonian, kestabilan, dan kemakmuran negara. Rukun Negara terdiri daripada lima prinsip utama yang menekankan nilai-nilai mulia dan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama. Kempen Rukun Negara bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan prinsip-prinsip ini serta memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
MATLAMAT
·
Meningkatkan
kesedaran tentang Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
·
Memupuk kefahaman dan tindakan mematuhi semangat Rukun Negara.
·
Memperkenalkan kerangka Malaysia MADANI serta dasar Kerajaan
Perpaduan.
·
Menjaga nama baik Malaysia dan mempertahankan pembentukan
Malaysia.
·
Meningkatkan kesedaran warga Bandar Tun Razak tentang konsep dan
rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
meraih kemerdekaan.
·
Menggalakkan
penerapan nilai-nilai Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
·
Mempereratkan
hubungan antara rakyat pelbagai kaum, agama, dan latar belakang.
·
Memperkenalkan
Rukun Negara kepada golongan muda yang mungkin kurang pendedahan mengenainya.
·
Mengukuhkan
semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.
·
Dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat,
saling bekerjasama dan berdisiplin serta menunjukkan komitmen yang tinggi
terhadap arahan yang diberi.
·
Cakna
sejarah dan tidak terperangkap dengan sentimen kaum.



