Thursday, 23 June 2016

Majlis Berbuka Puasa Jingga13 Malaysia & Program Kutipan Derma utk Rumah Anak Yatim At-Taqwa Puchong Selangor

Majlis Berbuka Puasa Jingga13 Malaysia

Tarikh : 20.06.2016
Tempat : Hippos Cabin, Shah Alam.
*Berbuka Puasa
*Kutipan Derma Untuk Rumah Anak Yatim.
*Menyerahkan Sumbangan Kepada Komrad Jingga13
*Mesyuarat Sekreteriat Jingga 13 Malaysia
Terima Kasih di atas komitmen Komrad Jingga13 yang hadir untuk memeriahkan Majlis Berbuka Puasa. Terima kasih juga kepada komrad yang telah memberi sumbangan untuk meringankan beban komrad Mazliwati dalam menyambut Aidilfitri juga sumbangan untuk Program Prihatin bersama Anak Yatim At-Taqwa yang akan di adakan pada minggu hadapan.

Kami berharap agar keakraban sesama komrad terus kekal dan di kurniakan kekuatan dalam perjuangan. Kami juga turut mendoakan agar Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Cikgu Fariz Musa tabah menghadapi dugaan dan segera sembuh. Tunjuk ajar  dan semangat Beliau sentiasa bersama kami

Liny Obliza
Koordinator Jinggawanis
Jingga13 Malaysia

Thursday, 19 November 2015

LAPORAN SPRM BENARKAH WANG YAYASAN PEMBANGUNAAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM) SEBANYAK RM 223,000 DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN WANITA UMNO KETIKA PRK PARLIMEN ROMPIN?

KENYATAAN MEDIA
JINGGA 13 MALAYSIA

19 November 2015

Jingga 13 Malaysia hari ini tambil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) agar satu siasatan dibuat secara menyeluruh terhadap penggunaan wang Yayasan Pembangun Ekonomi Islam Malaysia ( YaPIEM ) sejumlah RM 223,000 yang digunakan oleh pemimpin Wanita UMNO ketika Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin berdasarkan dokumen Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 , Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberi dana berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin , Pahang .

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 dengan berteraskan kepada konsep amal jariah. YaPEIM merupakan institusi khas di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia dan mendapat perhatian khusus daripada Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pendapatan YaPEIM dijana melalui sumbangan orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaaan Persekutuan dan juga aktiviti penjanaan dana Islam seperti Koperasi Islam dan Ar-Rahnu kemudiannya disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Seramai 588,930 orang rakyat Malaysia telah menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan YaPEIM dimana
dianggarkan sebanyak RM 65.73 juta setahun yang bakal diperoleh oleh YaPEIM daripada sumbangan derma orang ramai bagi tahun 2015. 

Beradasarkan siasatan yang dibuat oleh Jingga13 Malaysia mendapati Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin merupakan Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.  Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Negeri Kelantan (1986-2003) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Kerian (1986-Kini).Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undang Negeri bagi penggal 1986-1990 sebelum dilantik sebagai Senator bagi penggal 1993-1999. Beliau telah menyertai YaPEIM sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejak tahun 1993 sehingga kini.

WANG YAPEIM RM 223,000 DIKELUARKAN KETIKA PILIHANRAYA KECIL ROMPIN?

Mengikut dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin, Pahang.

Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusyikilan besar, ke semua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai . Semua serahan wang tunai kepada beliau dibuat ketika waktu kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sedang berlangsung.

Beberapa persoalan telah menimbulkan tandatanya dan Jingga13 Malaysia memohon agar pihak SPRM melalukan satu siasatan yang menyeluruh :

1.      Benarkah YaPEIM menerima sumbangan derma orang ramai termasuk melalui skim potong gaji bulanan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebagai amal jariah?

2. Benarkah Minit Mesyuarat Lembaga Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 adalah benar di mana Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 ?

3. Kenapa pembayaran dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama berdasarkan Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk tunai ?

4.      Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin telah menerima RM 223,000 daripada YaPEIM untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?

5.      Jika YA (soalan 4), apakah bentuk program yang telah dijalankan ketika PRK Parlimen Rompin Apakah bukti program tersebut telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan ini?

4.      Jika tidak, ke manakah perginya RM 223,000?

Justeru Jingga 13 Malaysia  memohon agar pihak SPRM mengambil satu timdakan secara professional dan telus terhadap laporan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap skandal YaPEIM tersebut .

Muafakat * Prihatin * Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator

Jingga 13 Malaysia




Wednesday, 4 November 2015

JINGGA13 JOHOR BANTU PN NORAINI OTHMAN

25hb Oct 2015



Jingga 13 Johor melalui wakilnya Sdr Jaafar bin Matek dari Sembrong, Kluang telah menyampaikan sumbangan keperluan harian berupa,Pampes , beras dan barang2 makanan kepada seorang warga emas,Puan Noraini binti Hj Othman No 3, Jalan Iman Haji Ahmad, Kampung Melayu, Kluang JDT yang amat-amat memerlukan sumbangan dan bantuan.


Sumbangan di perolehi dari ahli2 Jingga13 Johor dan rakan2 kenalan yang amat prihatin bagi tujuan meringankan bebanan Puan Noraini binti Hj Othman yang sedang menderita menghadapi penyakit stroke. 

Kepada yang menderma, ucapan terima kasih, semoga Allah membalas jasa saudara saudari.
Aamiin.