KENYATAAN MEDIA
JINGGA 13 MALAYSIA
19 November 2015
Jingga 13 Malaysia hari ini tambil membuat laporan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah ( SPRM ) agar satu siasatan dibuat secara menyeluruh terhadap
penggunaan wang Yayasan Pembangun Ekonomi Islam Malaysia ( YaPIEM ) sejumlah RM
223,000 yang digunakan oleh pemimpin Wanita UMNO ketika Pilihanraya Kecil (PRK)
Rompin berdasarkan dokumen Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24
April 2015 , Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberi dana berkaitan
penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin , Pahang .
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah
Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 dengan
berteraskan kepada konsep amal jariah. YaPEIM merupakan institusi khas di bawah
YAB Perdana Menteri Malaysia dan mendapat perhatian khusus daripada Y.B Dato’
Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pendapatan YaPEIM
dijana melalui sumbangan orang ramai, pinjaman atau grants daripada
Kerajaaan Persekutuan dan juga aktiviti penjanaan dana Islam seperti Koperasi
Islam dan Ar-Rahnu kemudiannya disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Seramai 588,930 orang rakyat Malaysia telah menyertai Skim Potongan Gaji
Bulanan YaPEIM dimana
dianggarkan sebanyak RM 65.73 juta setahun yang bakal diperoleh oleh
YaPEIM daripada sumbangan derma orang ramai bagi tahun 2015.
Beradasarkan siasatan yang dibuat oleh Jingga13 Malaysia mendapati Datuk
Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin merupakan Timbalan Presiden dan
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM. Beliau merupakan
Ketua Wanita UMNO Negeri Kelantan (1986-2003) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian
Kubang Kerian (1986-Kini).Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undang Negeri bagi
penggal 1986-1990 sebelum dilantik sebagai Senator bagi penggal 1993-1999.
Beliau telah menyertai YaPEIM sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejak tahun
1993 sehingga kini.
WANG YAPEIM RM 223,000
DIKELUARKAN KETIKA PILIHANRAYA KECIL ROMPIN?
Mengikut dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM
bertarikh 24 April 2015 Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana
sebanyak RM 223,000 berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah
Rompin, Pahang.
Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun
apa yang menimbulkan kemusyikilan besar, ke semua sumbangan tersebut akhirnya
diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai . Semua
serahan wang tunai kepada beliau dibuat ketika waktu kempen Pilihanraya Kecil
(PRK) Parlimen Rompin sedang berlangsung.
Beberapa persoalan telah menimbulkan tandatanya dan Jingga13 Malaysia
memohon agar pihak SPRM melalukan satu siasatan yang menyeluruh :
1. Benarkah YaPEIM menerima sumbangan derma
orang ramai termasuk melalui skim potong gaji bulanan yang sepatutnya
disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebagai amal jariah?
2. Benarkah Minit Mesyuarat Lembaga Amanah YaPEIM bertarikh 24 April
2015 adalah benar di mana Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian
dana sebanyak RM 223,000 ?
3. Kenapa pembayaran dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama
berdasarkan Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM diserahkan kepada Datuk
Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk tunai ?
4. Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan,
adakah benar Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin telah menerima RM 223,000 daripada YaPEIM untuk menganjurkan program di
Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?
5. Jika YA (soalan 4), apakah bentuk program
yang telah dijalankan ketika PRK Parlimen Rompin Apakah bukti program tersebut
telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan
ini?
4. Jika tidak, ke manakah perginya RM 223,000?
Justeru Jingga 13 Malaysia memohon agar pihak SPRM mengambil satu
timdakan secara professional dan telus terhadap laporan tersebut dan mengambil tindakan
undang-undang terhadap skandal YaPEIM tersebut .
Muafakat * Prihatin * Berani
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia