Saturday, 17 August 2024

Terima kasih PMX!!


 Kenyataan Media.

17 Ogos 2024.


Jingga 13 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia; Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang telah lama dinantikan.


Pengumuman ini merupakan langkah signifikan setelah 12 tahun tanpa sebarang kenaikan yang menyeluruh. Iniasitif ini memberikan dorongan positif kepada para penjawat awam serta menunjukkan komitmen kerajaan menghargai dedikasi mereka dalam melaksanakan tugas demi kemajuan Negara.


Namun, kami ingin mengingatkan penjawat awam untuk memanfaatkan kenaikan gaji ini dengan tanggungjawab, menjalankan tugas mereka dengan integriti, menghindari segala bentuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah.


Kami juga mengingatkan agar mereka sentiasa bersikap rahmah dalam menyantuni masyarakat, serta menunjukkan disiplin yang tinggi dalam setiap tindakan mereka. Kualiti pelayanan yang cemerlang dan kejujuran adalah cermin HARAPAN rakyat Malaysia yang mendambakan sebuah perkhidmatan awam yang efisien, adil, dan berintegriti.


Kami yakin dengan adanya peningkatan gaji ini disertai dengan komitmen terhadap etika dan tanggungjawab, Malaysia akan semakin maju dan rakyat akan merasakan manfaatnya secara langsung. 


Jingga 13 Malaysia menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bahawa memerangi ancaman rasuah adalah agenda utama Baginda. Kami akan terus bersama kerajaan perpaduan memantau dan memastikan reformasi penjawat awam berada dalam landasan tepat.


Sekali lagi, terima kasih kepada Perdana Menteri atas inisiatif ini, dan mari kita semua bekerja bersama untuk memastikan perubahan positif ini memberi impak yang sebenar kepada negara dan rakyat.


Salam Malaysia Madani,


Mikhael Iskhandaar,

Ketua Koordinator,

Jingga13 Malaysia.