Saturday 15 January 2022

Jingga13 Simpang Renggam menjejaki dan membantu asnaf yang ditinggalkan.

Atas maklumat dari aktivis dan masyarakat setempat Jingga13 Simpang Renggam yang diwakili Koordinator Sukri Bin Zakaria telah ke lokasi rumah En Kandan A/L Raman yang tinggal berseorangan di situ hampir 50 tahun di jalan utama Sungai Sayong, Jalan Renggam, Kluang Johor.







Apa yang dimaklumkan oleh En Kandan sendiri beliau sudah 2 hari tidak makan kerana tiada bahan untuk di masak, keadaan beliau yang sudah berumur lebih 80 tahun serta ada masalah kesihatan menyukarkan beliau untuk berkerja bagi  menampung keperluan makanan dan sebagainya.





Jingga13 Simpang Renggam telah memberi sumbangan barangan keperluan asas bagi En Kandan untuk bertahan dalam seminggu dan bantuan lain akan menyusul kemudian.


Kami akan cuba menghubungi pihak Kebajikan Masyarakat untuk bincangkan apa bantuan yang layak dan sesuai untuk En Kandan, difahamkan anak dan isteri tidak bersama beliau lagi.


Kami juga cuba membantu untuk menyemak dan mendaftar untuk mendapatkan bantuan dari bantuan kerajaan secara online,tetapi ada sedikit kesukaran kerana En Kandan tiada kad pengenalan (hilang dan sudah buat report di balai polis yang berdekatan), tiada nombor telefon untuk dihubungi dan tiada nombor akaun bank, Hal ini kami akan bincangkan dengan biro kebajikan (JPKK) bagi penyelesaian.


Semoga En Kandan tambah menghadapi dugaan ini.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI.


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#muafakatprihatinberani