Jingga23 Pahang yang dipimpin Koordinatornya Komrad Ahmad Shahril Ismail telah melaksanakan aktiviti Ziarah Prihatin dan turut menyampaikan sumbangan barangan makanan di sekitar Tanjung Lumpur, Kg Baru , Bukit Setongkol dan Kg Razali Kuantan .
Penerima sumbangan adalah terdiri daripada ibu tunggal , Orang Kelainan Upaya ( OKU) , warga emas yang tinggal sebatang kara dan asnaf .
Tidak dilupakan juga Puan Madura Liana yang almarhum suami nya meninggal kerana covid19 (penerima bantuan dari Yayasan Aman tempohari.)
Semoga sumbangan tersebut dapat mengembirakan mereka yang menerima sumbangan tersebut