Tanggal 2/09/2021 : jam : 11.45pagi. Tempat : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Kasih, FELDA Pemanis, Segamat. YB Hajah Natrah bersama team parlimen Sekijang dan Jingga13 Sekijang menyampaikan bakul makanan kpd 32 orang ibubapa yg mempunyai anak-anak kelainan upaya (OKU) yang mendapat pendidikan di PKD FELDA Pemanis (1 dan 2).
Menurut komrad Surya Syasharena binti Said , Setiausaha Jingga13 Sekijang , " Keriangan terserlah di kalangan kanak-kanak ini ketika ibubapa/penjaga mereka menerima bakul makanan. Alhamdulillah "..
Penyampaian bakul makanan oleh Ahli Parlmen Sekijang YB Hajah Natrah dilakukan secara ‘drive through’ atau pandu lalu. Ibubapa/penjaga kepada kanak2 istimewa ini membawa kenderaan sendiri (kereta atau motosikal) dan berada di dalam kereta atau di atas motosikal ketika mengambil bakul makanan.