Sunday 26 September 2021

ADIK NUR SYAFINAZ PERLU DANA BIAYAI KOS RAWATAN JANTUNG DI HKL , JINGGA13 PAHANG RAYU WARGA PRIHATIN HULURKAN SUMBANGAN

Adik Nur Syafinaz bt Abdullah berumur 10 tahun 10 bulan telah disahkan mengidap sakit jantung dan memerlukan rawatan di Hospital Kuala Lumpur .

Beliau adalah merupakan anak kepada seorang ibu tunggal Pn Nur Junaidah Jamaluddin yang sekarang tinggal di Lorong Seri , Kuantan 5 dengan menyewa bilik sebagai tempat berteduh beliau dan 4 orang anaknya . 

Pn Junaidah yang tidak bekerja kerana baru sahaja selesai menjalani kuarantin covid 19 , mempunyai 4 orang anak , sudah pasti tidak mempunyai kemampuan terutama daripada segi kewangan untuk berulang alik ke Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan anaknya itu . 

Jingga13 Pahang telah mengadakan ziarah prihatin ke rumah Adik Nur Syafinaz dan menyumbangkan sedikit barang makanan , susu tepung dan Pampers bagi tujuan meringankan bebanan Pn Junaidah yang tiada pendapatan itu. 

Jingga13 Pahang merayu kepada warga yang prihatin agar dapat membantu adik Nur Syafinaz dengan menghubungi Sdr Shahril Ahmad , Koordinator Jingga13 Pahang di talian/whatsup 019-922 4822 untuk sebarang pertanyaan . ( Nanti diberkan akuan Pn Junaidah - sedang menunggu makluman daripada beliau )