Sunday 5 September 2021

𝗝𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔13 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗬𝗕 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗜𝗙 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗19 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗞𝗨𝗔𝗥𝗜𝗡𝗧𝗜𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛.

Jingga13 Kota Tinggi  yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol telah menyantuni dan menghulurkan sumbangan barangan dapur, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada seramai 7 keluarga di sekitar Bukit Besar, Bandar Tenggara, Kg Panti dan Kota Jaya.


Menurut Sdr Kamaluddin, penerima sumbangan kali ini adalah keluarga yang dikuarintin kerana ahli keluarganya adalah mangsa covid19. Mereka tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali. Dan kebanyakkannya terputus bekalan makanan.

Jingga13 Negeri Johor mengucapkan Syabas dan Tahniah atas keprihatinan membantu golongan yang terkesan akibat pendemik ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Yb Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang kerana sudi membantu menghulurkan sumbangan melalui Jingga13.







#MafakatPrihatiBerani