Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
20 Ogos 2021
JINGGA13 DESAK BEBASKAN SEGERA 31 ORANG ANAK MUDA YANG BERHIMPUN KERANA MEMPERINGATI KORBAN COVIC-19 SEJUMLAH 13,480 ORANG
Jingga13 Malaysia mendesak agar 31 anak muda daripada Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang ditahan di Dataran Merdeka oleh pihak polis kerana memperingati korban Covic-19 dibebaskan dengan segera.
Tindakan brutaliti pihak polis yang mengheret secara kasar anak-anak muda ke black maria seolah-olah mereka melakukan jenayah yang amat berat adalah sangat dikesali, sedangkan mereka hanya berkumpul secara aman serta mematuhi SOP .
Mereka berhimpun kerana memperingati korban kematian disebabkan oleh Covic-19 yang kini sejumlah 13,480 orang. Satu jumlah yang sangat tinggi yang membuktikan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional yang lalu dalam menangani pendemik Covic-19.
Pihak polis sewajarnya memberikan ruang sebaiknya kepada anak-anak muda ini yang ingin memberikan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia disebabkan pendemik Covic-19 dan bukannya menangkap mereka dengan secara kasar. Bebaskan anak-anak muda ini dengan segera !.
Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia