Wednesday 25 August 2021

JINGGA 13 SABAH KONSISTEN MENYOKONG DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENERAJU KEPIMPINAN PH,

 

Kenyataan Media

JINGGA 13 Sabah,,,


24 Ogos 2021....

JINGGA 13 SABAH KONSISTEN MENYOKONG DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENERAJU KEPIMPINAN PH,

JINGGA 13 Sabah berpandangan bahawa episod perlantikan Perdana Menteri Malaysia telah pun selesai .

Walau bagaimanapun,Jingga 13 Sabah mengambil berat dan memandang serius kenyataan janggal dan nakal dari pemimpin bahagian komponen PH yang tanpa segan silu nadanya mempersalahkan Pengerusi PH Ds Anwar Ibrahim diatas kegaggalan beliau terpilih kejawatan Perdana Menteri Malaysia,,,,,

Semua pihak dalam PH wajar memahami proses yg telah dilalui dan kejayaan PH dan rakan rakan pembangkang yg lain memperolehi 105 sokongan untuk pencalonan Ds Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah satu asas yg cukup kukuh,,,,

Dalam nada yg lain,,JINGGA 13 Sabah berasa amat lega dengan kenyataan rasmi Majlis Presiden PH 23 Ogos 2021 yg secara tegas menyatakan bahawa kepimpinan PH yg ada terus dipertahankan dan fokus utama ialah persiapan untuk PRU 15....

Pada masa yg sama sikap keterbukaan PH untuk terus berunding dan bekerjasama dgn parti parti pembangkang yg lain di bawah konsep " KHEMAH BESAR" berdasarkan Agenda Refornasi dan kepentingan Rakyat adalah satu langkah bestari yg nantinya akan menjana satu kekuatan yg jitu,,,,

Jestru,,,dalam konteks PKR, JINGGA 13 Sabah  akan terus konsisten dalam menyokong kepimpinan Ds Anwar Ibrahim meneraju PH dan menyeru seluruh pimpinan ,ahli ahli serta penyokong penyokong PKR terutamanya di Sabah agar terus bersatu bersolidariti untk menerus dan menjayakan perjuangan REFORMASI di Sabah,,,,

Tenang sungguh hati Pak Lurah

Malam terang bulan purnama

Walau hadangan datang mencurah

Kembali ke Putrajaya misi utama,,,,


Muafakat,Prihatin,,,Berani


IBRAHIM MUSRA

Setiausaha 

JINGGA 13 Sabah,,,,,