Sunday 18 July 2021

SUMBANGAN JINGGA13 KOTA TINGGI KEPADA KELUARGA BERBANGSA TEONGHUA YANG TERKESAN AKIBAT PKP

Sdr Kamaluddin Md Simpol Koordinator Jingga13Kota Tinggi telah dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan ada Seorang warga emas berbangsa Teonghua bernama Choy Lee ingin memohon bantuan akibat terputus bekalan.

Dan hari ini, beliau telah hadir ziarah sambil menghulurkan bantuan sumbangan barangan makanan dan dapur kerumah beliau di Taman Kota. Beliau mengalami sakit kaki hingga terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

Suami beliau pula berbangsa India dan tidak mampu bekerja lagi sejak setahun yang lalu. Mereka mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya menetap diluar daerah dan negeri.

Mereka kerap dibantu oleh jiran tetangga dan anak2. Tetapi disebabkan pkp ini, anak2 juga menghadapi masalah yang sama dan tidak dapat membantu ibubapa mereka.

Menurut Choy Lee, beliau pernah menerima bantuan hanya sekali iaitu seawal PKP. Sehingga kini tiada sebarang bantuan yang lagi diterimanya. Mereka tidak tahu dimana lagi harus memohon pertolongan.

Jingga13 Kota Tinggi telah menghulurkan sumbangan barangan makanan dan barangan dapur kepada keluarga tersebut. Semoga dapat meringankan perberlanjaan keluarga.


#MuafakatPrihatinBerani