Saturday, 3 July 2021

SEMARAKKAN KEMPEN BENDERA PUTIH DI SELURUH MALAYSIA ,BUKTI KERAJAAN GAGAL

Kenyataan Media 

Jinggawan 

Jingga13 Malaysia


3 Julai 2021


SEMARAKKAN KEMPEN BENDERA PUTIH DI SELURUH MALAYSIA ,BUKTI KERAJAAN GAGAL 


*LET'S RAISE WHITE FLAG* 🏳️

*MARI KIBARKAN BENDERA PUTIH* 🏳️

Jingga 13 Malaysia Menyeru Rakyat Malaysia  yang sekarang ini sedang getir dalam melangsungkan kehidupan untuk mengibarkan bendera Putih dihadapan rumah.

Kita sedar bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan waktu ini adalah sangat membebankan rakyat lagi-lagi dalam era perintah kawalan pergerakan yang tiada penghujungnya. Rakyat sudah muak dengan kerahan kerajaan yang mengadakan Perintah kawalan Pergerakan yang begitu lama daripada PKP 1.0 sehinggalah PKP 3.0 yang langsung tidak mendatangkan hasil apa bila kes jangkitan harian kekal di bawah paras 6 ribu harian. Hal ini tidak memberikan jaminan bahawa sekatan serta kerahan ini akan berakhir dalam tempoh yang terdekat, malah menambahkan lagi beban kepada rakyat.

Rakyat sedar bahawa kerajaan waktu ini telah gagal dalam menjaga kebajikan rakyat sehingga ramai yang terjejas di dalam era pendemik ini. Justeru dengan mengibarkan bendera putih bagi mereka yang sedang getir ketika ini adalah langkah terbaik untuk memberitahu sekeliling bahawa mereka sedang terputus bekalan. 

Kita sedar bahawa rakyat Malaysia sangatlah prihatin, dengan adanya simbolik mengibarkan bendera putih ini masyarakat akan sedar akan kesusahan yang  menimpa dikalangan sekitar seterusnya akan sama- sama menghulurkan bantuan.

Jingga 13 Malaysia juga akan terus komited untuk bersama sama membantu dalam menghadapi situasi ini.


Muafakat* Prihatin* Berani


EDZHA ZAINI

Timbalan Koordinator Jinggawan

 Jingga 13 Malaysia.


Koordinator 

Jingga 13 Negeri Sabah.