Sunday 18 July 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SEKIJANG AGIH 250 BAKUL MAKANAN DI 8 KAWASAN DI DUN PEMANIS

Pada 17/07/2021 : Jam 11.00pgi bermula dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang. Sebuah lori telah digunakan untuk mengangkut 250 bungkus beras (10kg/bungkus), 250pek minyak masak (2kg/pek) dan 250 kotak/bakul makanan yg mengandungi 11 jenis makanan. 



Menurut Setiausaha jingga13 Sekijang , Komrad Surya Syasharena Said , " Bakul makanan ini telah dibawa ke 8 kawasan kampung yg terletak di dalam DUN PEMANIS iaitu di Felda Medoi, Kg Jawa, Kg Tengah, Kg Tahang Rimau, Kg Kadut, Kg Jabi, Kg Sermin dan Kg Bumbun " .

Terima kasih tidak terhingga kepada semua Ketua Kampung dan JTKK di dalam DUN Pemanis yang telah menyambut kedatangan Tim Jingga13 Sekijang dan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Sekijang dengan penuh mesra, di balairaya kampung masing-masing. 

" Kami juga telah pergi ke beberapa rumah untuk menyampaikan bakul makanan seperti mana yg diarahkan. Moga segala usaha YB Natrah Ismail dan komrad  jingga13 Sekijang dipermudahkan urusan seterusnya insyaallah , Aamiin " ujar Komrad Surya Syasharena Said lagi. 





#muhafakat 

#prihatin

#berani

#JINGGAWANIS13SEKIJANGHEBAT!!