Sunday 4 July 2021

JINGGA13 PAHANG BANTU WANITA STRESS YANG MEMERLUKAN BANTUAN DAN PERTOLONGAN

Hari ini 4 Julai 2021 ,  Koordinator Jingga13 Pahang telah mendapat 'whats up voice' daripada seorang wanita dengan nada menangis teresak-esak merayu pertolongan dan bantuan , beliau tiada wang dan barang makanan. 

Beliau tinggal menyewa bilik di Kuantan dan sudah 7 bulan tidak bekerja setelah dibuang kerja.  Dia berusaha mendapatkan kerja malangnya gagal , Apa lagi dalan keadaan PKP yang bersambung-sambung ini sudah pasti hampa sahaha.

Team Jingga13 Pahamg diketuai Koordinatornya Komrad Ahmad Shahril telah menjejaki wanita tersebut dan berjumpa di bawah rumah sewanya di Bandar Kuantan  . 

Komrad Shahril telah menyampaikan sumbangan bakul makanan oleh YB Fauziah Salleh , MP Kuantan serta barangan kegunaan beliau seperti sabun mandi , sabun basuh pakaian serta barangan asas wanita.  


Komrad Shahril turut menyampaikan sumbangan wang tunai oleh pemyumbang bagi meringankan penderitaan yang beliau tanggung oleh wanita tersebut.

Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat melegakan beliau yang sudah pasti mengalami stress yang amat sangat yang boleh bertindak di luar kawalan. Semoga Allah melindungi beliau. Amin