Friday 9 July 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MUALAF

Satu keluarga Mualaf berketurunan Cina telah menghubungi Jingga13 Kota Tinggi dan memberitahu masalah yang dihadapinya yang meminta bantuan akibat terputus BEKALAN MAKANAN.

Sdr Salim bin Masrun Timb Koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Ustaz Azahari bin Adam, Amil Baitulmal Kota Tinggi telah hadir ke rumah beliau di Ladang YPJ, Kota Tinggi menghulurkan bantuan.

Sumbangan berupa Barangan makanan dan barangan dapur telah dihulurkan kepada mereka bagi memenuhi keperluan yang amat mendesak. Sementara itu, Pihak Jingga13 juga menghulurkan pakaian terpakai kepada mereka hasil daripada sumbangan orang orang Kampong agar dapat dimanfaatkan oleh mereka.

Ustaz Azahari bin Adam telah mengambil maklumat keluarga tersebut untuk dibawa ke Pihak Baitulmal untuk bantuan selanjutnya.

Jingga13 Johor mengucapkan jutaan terimakasih atas keprihatinan dan Usha murni Jingga13 Kota Tinggi  dalam membantu golongan susah. Semoga keluarga ini tabah dan cekalkan hati dalam Ujian ini.


#MuafakatPrihatinBerani