Sunday 4 July 2021

BANTUAN DARI JINGGA13 KOTA TINGGI KEPADA 7 KELUARGA YANG MOHON BANTUAN DAN KIBARAN BAJU PUTIH SUARA DERITA RAKYAT

Ramai masyarakat yang dalam Kesempitan hidup akibat PKP ini. Kami Jingga13 Kota Tinggi telah dihubungi oleh 6 keluarga yang sangat sangat mengharapkan bantuan. Dan satu keluarga yang kami temui terpacak bendera putih di rumahnya.

Sebuah keluarga berbangsa Cina telah menaikkan BAJU PUTIH sebagai ganti bendera putih di rumahnya dengan harapan ada pihak yang sudi membantu. Mereka tidak tahu kepada siapa harus meminta. Mereka amat terperanjat  ketika rombongan kami Jingga13 Kota Tinggi hadir membawa barangan makanan untuk mereka. Mereka amat berterima kasih atas sumbangan tersebut.



Sdr Zul, Sdr Fairuz Dan Sdr Salleh (hanya nama samaran) turut meluahkan rasa Kesempitan dan mohon bantuan dari Kami. Semuanya menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kehilangan pekerjaan, tidak punya kewangan untuk kelangsungan hidup, sewaan rumah yang telah tertunggak sewaannya. Yang lebih parah lagi, Sdr Fairuz yang turut menghadapi masalah keruntuhan rumahtangga. Anak2 dan isteri telah melarikan diri balik kampung kerana berlaku pertengkaran dan berputus asa atas Ujian ini.

Seterusnya dua orang ibu tunggal Puan Shilla Dan Puan Rozita yang menghubungi  kami mohon bantuan. Mereka ada mengusahakan satu produk iaitu sambal untuk ikan bakar. Namun penjualannya terlampau slow Dan amat berkurangan. Masih mengamalkan cara kampung dan tradisional. Tiada packaging yang sempurna dan tiada labeling. Mungkin ini yang menyukarkan pemasaran.


Seorang lagi keluarga,  Ziella yang baru bersalin Dan suami beliau telah kehilangan pekerjaan. Juga turut memohon ikhsan dari kami.

Jingga13 Kota Tinggi diwakili oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol, Penyelaras Dun Panti Sdr Fakharuddin Muslim Dan  Amil Baitulmal Kota Tinggi Ustaz Azahari Adam telah turun menghulurkan bantuan sumbangan barangan makanan dan barangan dapur kepada mereka yang memerlukan. Juga Amil Baitulmal turut ambil butiran mereka untun bantuan seterusnya



Terima Kasih kepada semua yang prihatin Jingga13 Kota Tinggi, Penyelaras Dun Panti dan Amil Baitulmal kerana sudi membantu. Moga usaha Kalian, dibalas oleh Allah.


#MuafakatPrihatinBerani