Wednesday 16 June 2021

MENJUNJUNG KASIH KE ATAS DYMM RAJA-RAJA MELAYU DI ATAS PEMBUKAAN SEMULA PARLIMEN

 Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia


16 Mei 2021


MENJUNJUNG KASIH KE ATAS DYMM RAJA-RAJA MELAYU DI ATAS PEMBUKAAN SEMULA PARLIMEN 

Jingga13 Malaysia ingin merakamkan rasa amat sukacita dan menjunjung kasih terhadap keputusan yang telah di buat oleh Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang telah bersidang hari ini dan telah membuat keputusan agar Parlimen harus bersidang semula demi sistem demokrasi serta meredakan suara rakyat yang menuntut agar Parlimen dapat bersidang. 

Perhatian DYMM Raja-Raja Melayu bahawa betapa pentingnya menghormati mekanisme semak dan imbang antara cabang ekskusif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berentegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat dan negara. Terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan pentadbiran serta pembangunan negara adalah sangat perlu supaya tidak wujud prejudis di kalangan rakyat. 

Kepada para Menteri, Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang diharapkan dapat menggunakan kesempatan yang berharga ini agar boleh membahas dan menjelaskan pelbagai persoalan yang berlegar selama sepanjang penutupan Parlimen di bawah pemerintahan Darurat. 

Jingga13 Malaysia juga menjunjung kasih di atas perhatian persidangan DYMM Raja-Raja Melayu yang mengambil keputusan serius dan drastik dalam usaha mencegah penularan pendemik Covid-19 dalam negara dan pembubaran perintah Darurat yang hanya akan berakhir pada 1hb Ogos 2021 ini.    

Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia