Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
12 Jun 2021
ISMAIL SABRI DAN ADHAM BABA WAJAR LETAK JAWATAN , NOOR HISHAM PERLU DIREHATKAN, TERNYATA GAGAL WALAUPUN PKP PENUH DILAKSANAKAN
Jingga13 Malaysia benar-benar kecewa dengan kenyataan yang di buat oleh YB Dr Adham Baba , Menteri Kesihatan yang membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh akan dilanjutkan selepas fasa pertama tamat 14 Jun ini.
Ini ekoran selepas lapan hari pelaksanaan PKP penuh, kes masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871 iaitu melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari, ini membuktikan ianya adalah satu kegagalan yang jelas dan nyata.
Justeru Jingga13 Malaysia mendesak agar Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba meletak jawatan dan diganti dengan yang lebih baik . Malah TS Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan juga perlu DIREHATKAN dan diganti dengan Ketua Pengarah Kesihatan baru yang lebih segar dan efisyen dalam menanganI pendemik Covid-19 ini .
Banyak mana lagi penderitaan yang harus ditanggung oleh rakyat marhaen sekiranya PKP penuh terus disambung dan disambung dan disambung yang disebabkan oleh kegagalan mereka bertiga dan Kerajaan Perikatan Nasional dalam mengurus pencegahan penularan Pendemik Covid-19 ini? Walaupun banyak kompaun, saman serta pendakwaan di mahkamah dibuat terhadap perlanggaran SOP serta denda RM4000 dan lebih pun masih gagal memberikan impak terbaik menyedarkan rakyat daripada melanggar SOP yang telah ditetapkan . Setiap hari ada sahaja rakyat yang disaman kerana melanggar SOP sedangkan dalam masa sama ada sesetengah golongan dibiarkan begitu sahaja walaupun jelas SOP yg ditetapkan terus dilanggar dengan sengaja. Ini asas kegagalan kempen yang dibuat oleh MKN dan KKM yang diterajui oleh ketiga-tiga mereka.
Berdasarkan prestasi ketiga-tiga tokoh yang dilihat gagal , maka wajar direhatkan dan diganti dengan mereka yang lebih berwibawa dan efektif serta mampu menyekat penularan pendemik Covid-19 berdasarkan meritdan kebolehan mereka, bukan berdasarkan 'orang kita'.
BERSAMA KITA SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA INI!
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
MOHD RUDEY BIN ABDUL RAHMAN
Koordinator Penerangan dan Komunikasi
Jingga13 Malaysia