Wednesday 12 May 2021

JINGGA13 SELAYANG JEJAK ASNAF RAMADHAN ZIARAH PRIHATIN 10 ASNAF MENJELANG SYAWAL

Aktiviti berkongsi rezeki diteruskan oleh Jingga13 Selayang yang disempurnakan oleh Koordinatornya Komrad Muhamad Ibrahim di kawasan Bandar Country Homes , Parlimen Selayang .

Barangan makanan dan keperluan hari raya oleh Jingga13 Selayang dan individu yang bersedekah terutama sumbangan daripada Tadika Little Ones Bandar Country Homes , Tuan Basir dari Keadilan Selayang , sahabat-sahabat di Johor , Shah Alam dan sebagainya yang menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan mereka . Semoga Allah membalas jua .



Menurut Komrad Muhammad Ibrahim , " Hari ini kita bejumpa dengan 10 asnaf yang cukup menyentuh emosi seperti Sdr. Syurabil seorang peniaga sambilan yang menderita sakit saraf dan sawan , mempunyai anak 6 orang . En. Sudin berumur 61 , menjaga ibu dan adik OKU , bekerja mengambil upah dan mengutip besi buruk manakala  Makcik Fatimah , berumur 76 tahun , mempunyai 9 orang anak dan tinggal bersama anak bongsu yang mengalami kemalangan dan mendapat bantuan daripada pusat zakat serta ramai lagi benar-benar hidup dalam kekurangan malah akan lebih susah lagi apabila berdepan dgn PKP 3.0 ini ".

Semoga Allah memurahkan rezeki mereka agar hidup mereka lebih baik dan sempurna . Ami