Monday, 3 May 2021

JINGGA13 NEGERI JOHOR BERSAMA BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF DI PARLIMEN PASIR GUDANG

3/ Mei 2021 : Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini Jingga 13 Negeri Johor dengan kerjasama Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang di bawah YB Hassan Karim, telah menyampaikan beberapa sumbangan dalam kawasan di bawah Parlimen Pasir Gudang yang di wakili oleh Timbalan Koordinator Jingga 13 Negeri Johor iaitu Encik Murad Jailani dan juga Jinggawan Negeri Johor, Encik Halil Rasman.

Sumbangan 1 beras 1 rumah dari YB Jimmy Puah telah disampaikan kepada beberapa asnaf yang layak menerima iaitu di sekitar Pekan Masai dan Kampung Pertanian.  Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang terjejas memandangkan musim perayaan telah hampir tiba dan kenaikan harga barang yang tidak menentu ini.




Ribuan terima kasih kepada YB Jimmy Puah, Timbalan Pengerusi Keadilan Rakyat Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Batu yang telah menyumbang buat masyarakat di Pasir Gudang. 










#likedanshare

#Jingga13NegeriJohor

#BiroKebajikanParlimenPasirGudang

#DemiRakyatPasirGudang