Tuesday 11 May 2021

JINGGA13 ARAU DENGAN KERJASAMA SYARIKAT SATU CREATIVE SAMPAIKAN SUMBANGAN JEJAK ASNAF SYAWAL DI KG PADANG CHEMPA DAN BUKIT MAS

Koordinator Jingga 13 Parlimen Arau merangkap Setiausaha Jingga 13 Perlis komrad Atikah  meluangkan masa menziarahi asnaf serta menyampaikan sumbangan daripada sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur iaitu Satu Creative .


Bersama dengan komrad Atiqah ialah Koordinator Jingga13 Negeri Perlis , Komrad Rizal turut menyampaikan sumbangan beras pulut dan barang barang keperluan raya kepada 10 asnaf di sekitar Kg Padang Cempa dan Kg Bukit Mas dalam Parlimen Arau.


Antara penerima sumbangan ini adalah OKU penglihatan , ibu tunggal dan warga emas.

Di harap Jingga 13 Arau akan kekal aktif bergerak membantu asnaf di kawasan Parlimen Arau