Monday 26 April 2021

ZAINUDIN BENDAHARI AGUNG BARU DAN AFFENDI DILANTIK TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG 2 SEKRETARIAT JINGGA13 MALAYSIA

Jingga13 Malaysia ingin mengumunkan perlantikan Bendahari Agung yang baru iaitu Sdr Zainudin Awang @ Omar , 52 tahun berkuatkuasa 25 April 2021 secara sebulat suara dalam mesyuarat khas secara'zoom meeting' pada 25 April 2021 , jam 10.30 malam .. 

Beliau mengantikan Sdr Amizudin Ahmat a.k.a Din Binjai yang telah meletakkan jawatan berkuatkuasa pada 18 April 2021 lalu juga turut disahkan perletakkan jawatan dalam mesyuarat khas tersebut secara sebulat suara . Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan komitmen yang telah diberikan selama ini . Semoga Allah SWT membalas jua .

Sdr Zainudin Awang yang berasal daripada Terengganu ini berkelulusan daripada University Of Missouri, St. Louis ,USA major dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan kini merupakan CEO di sebuah syarikat koperat yang menjalankan pembinaan , kejuruteraan awam dan pembangunan perumahan di Kuala Lumpur . 

Mestuarat Khas semalam juga turut melantik Sdr Affendi Hj Abas sebagai Timbalan Setiausaha 2 Agung  Sekretariat Jingga13 Malaysia berkuatakuasa 25 April 2021

Affrndi Hj Abas seorang anggota sekretariat senior yang juga merupakan Koordinator Panatia Page dan Blog adalah seorang anggota sekretariat yang komited ,dan dedikasi bagi mengantikan sdr Mohd Sobri Azali.Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih di atas jasa baik dan komitmen beliau selama ini kepada Jingga13 Malaysia.

Jingga13 Malaysia akan terus melangkah kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi . Terima kasih kepada semua komrad yang kekal utuh setia kepada Jingga13 Malaysia . Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh terus menghubungi Sdr Ketua Koordinator Pusat 0199900288 atau Setiausaha Agung 0182756187 .