Thursday 29 April 2021

JINGGA13 SUNGAI PETANI ZIARAH KASIH JEJAK ASNAF RAMADHAN PUAN ROHAYA SEKELUARGA DI AMANJAYA , SG PETANI

Jingga13 Sg Petani telah mengadakan ziarah kasih sempena Jejak Asnaf Ramadhan terhadap Pn Rohaya bt Ramli dan keluarga di 293-B,Jln Anggerik 9/8,Bandar Amanjaya 08000 Sg.Petani Kedah. 

Sdr Muhamad Hamizan bin Abdul Manap selaku Koordinafor Jingga13 Sg Petani menyampaikan sumbangan barang makanan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga . 

Menurut Sdr Hamizan ," keluarga ini sangat susah , pernah rumah mereka hendak di lelong , elektrik dipotong kerana tidak mampu untuk bayar elektrik . Suami Pn Rohaya bekerja dalam kerja-kerja pembinaan malah sewaktu PKP tempohari tiada kerja sangat, Seorang anak sudah habis belajar Dan sekarang buat sambilan bagi membantu keluarga . Tiga orang masih bersekolah dan seorang lagi berumur 8 bulan ".

Pn Rohaya juga turut. bekerja sambilan di sebuat Pusat Tahfiz hingga habis Ramadan ini , bagi meringankan bebanan suami . 

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Pn Rohaya bolehlah menghubungi beliau di talian Rohaya binti Ramli 017 3763763 .