JINGGA 13 Sabah dengan bantuan PKR cabang Putatan bawah YB Tuan Awang Husaini Bin Sahari menghulurkan bantuan Pakaian & barangan keperluan sempena bulan ramadan.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, ungkapan yang boleh di gambarkan kepada mangsa kebakaran yang membabitkan 73 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, yang menyebabkan lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal.
Menurut Sdr. Edzha Zaini , Koordinator Jinhga13 Sabah , "Atas dasar prihatin serta peka Jingga 13 Sabah bersama PKR Cabang Putatan terhadap nasib mangsa yang kehilangan tempat berlindung membolehkan Jingga 13 Sabah turut serta dalam menghulurkan bantuan dan diharapkan bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban mereka teeutama fi bulan Ramadhan Al-mubarak ini " .
Muafakat * Prihatin * Berani