Friday 30 April 2021

JINGGA13 MALAYSIA DESAK SPRM DAKWA HAMZAH DAN AMBIK TINDAKAN TERHADAP KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA YANG DILIHAT SANGAT SERIUS

Kenyataan Media 

jingga13 Malaysia 

1 Mei 2021


JINGGA13 DESAK SPRM DAKWA HAMZAH DAN AMBIK TINDAKAN TERHADAP KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA YANG DILIHAT SANGAT SERIUS 

Bekali-kali Ketua Polis Negara TS Abdul Hamid Bador yang bakal melepaskan jawaran pada 4 Mei 2021 ini mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap salahlaku rasuah yang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan ahli-ahli politik yang berkuasa serta terhadap "katak-katak yang melompat sani sini" yang beliau percaya berlaku unsur rasuah .

Jingga13 Malaysia mendesak agar SPRM mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri DS Hamzah Zainudin yang dilihat telah mencampuri dalam pentadbiran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) . Campur tangan sebegini tidak sepatutnya berlaku dan dilihat mabuk kuasa .

Malah disebut oleh TS Abdul Hamid Bador sejak awal dilantik sebagai menteri , DS Hamzah Zainudin sudah masuk campur tangan dalam PDRM . Tindakan sebegini boleh mengundang berlakunya amalan rasuah dan salahguna kuasa malah adalah lebih parah apabila aduan di buat kepada YAB Perdana Menteri dan TS Ketua Setiausaha Negara pun tidak hiraukan . Betapa lemahnya Perdana Menteri Malaysia ini , sungguh memalukan . 

TS Abdul Hamid Bador juga dengan tegas menyatakan bahawa berlakunya amalan rasuah dikalangan orang politik dan mendesqk SPRM masuk membuat siasatan . Negara ini sedang rosak dan perlakuan tersebut perlu dihentikan dengan segera . Rakyat wajar menolak mereka habis-habisan , negara ini perlu diselamatkan daripada orang yang rakus dan mabuk kuasa serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka . Terbukti daripada ucapan Ketua Polis Negara , Kerajaan PN ialah 'kerajaan rosak , perasuah dan mabuk kuasa' .

Jingga13 Malaysia amat kesal sekiranya kenyataan yang dibuat secara terbuka oleh Ketua Polis Negara tidak diambil tindakan oleh SPRM . Kerana apa yang diungkapkan dalam ucapan beliau adalah sangat serius . Kenyataan seorang Ketua Polis Negara bukannya orang kampung di kedai kopi ! 

Jingga13 Malaysia mendoakan agar SPRM tidak bertindak  " double standard " dan semoga tidak berlaku campurtangan oleh Menteri PN dalam SPRM seperti PDRM !


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia