Monday 26 April 2021

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN BARANG MAKANAN DAN JUADAH RAYA 5 KELUARGA ASNAF DI FELDA ULU PENGELI DAN TAMAN SRI LAMBAK 16

Ahad, 25 April 2021 , Sempena program Jejak Asnaf Ramadhan dan Aidil Fitri yang akan menjelang tiba, Jingga 13 Kluang menghulurkan sumbangan barangan makanan berupa, beras, ketupat segera, keropok raya, dodol dan lain2 keperluan harian.


5 keluarga di Felda Ulu Penggeli dan Taman Sri Lambak T6, telah kami kunjungi petang ini bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Sumbangan telah disampaikan oleh Sdr Jaafar , Koordinator Jingga 13 Kluang bersama2 Komrad Sdr Johan dan Komrad Sdr Sukhaimi.





Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan Komrad Sdr Rosli yang menyediakan barangan sumbangan.

Muafakat - Prihatin - Berani