Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
28 April 2021
JINGGA 13 MALAYSIA MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN KOMPAUN RM50,000 YANG TIDAK MASUK AKAL
Jingga13 Malaysia memandang serius pada apa yg berlaku kepada En. Wan Mohd Faisal Wan Kadir seorang peniaga burger dan En. Mohd Azizi Mohd Nor seorang peniaga 'colek' yang dikompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya adalah sangat keterlaluan, kejam, zalim dan tidak masuk akal . Malah mengundang rasa terkilan dan kebencian rakyat Malaysia dengan tindakan yang melampau tersebut .
Jingga13 Malaysia mendesak supaya pihak PDRM juga KKM menarik semula kompaun tersebut yang jelas melebihi dari had yang sepatutnya mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya, nilai kompaun maksimum untuk individu hanyalah rm2000 dan rm10,000 untuk syarikat atau premis berdaftar.
Untuk kompaun yang berjumlah RM50,000 hanya disabit kepada peniaga yang membuka pub dan kelab malam yg dikategorikan sebagai kesalahan kategori tinggi.
Adakah relevan kompuan RM50,000 untuk penjual burger dan penjual 'colek' yang hanya mencari sesuap nasi buat keluarga kerana terlebih had masa? Sudah hilangkah kewarasan dan perikemanusiaan serta budi bicara sebagai manusia?
Dikala kita masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid 19 yang tinggi, dengan ekonomi rakyat marhaen yang jelas terjejas teruk, sekali lagi Jingga13 Malaysia mendesak pihak pihak terbabit untuk menarik semula jumlah kompaun yang dianggap kejam dan gila serta manengkaji jumlah yang lebih rasional. Sebagai sebuah kerajaan yang pernah disebut Perdana Menteri Malaysia ''Kerajaan mungkin bukan pilihan anda tetapi ambil berat tentang anda', sepatutnya mendidik rakyat, bukan menghukum dengan undang-undang zalim!!!
Muafakat*Prihatin*Berani
Mohd Rudey Abd Rahman
Koordinator Penerangan & Komunikasi
Jingga13 Malaysia