Pada 27/2/21, jam 2.00 PM , Jingga 13 Sekijang bersama YB Natrah Ismail Ahli Parlimen Sekijang merangkap Penaung Jingga13 Sekijang berkesempatan melaksanakan Ziarah Prihatin serta menyampaikan sedikit kutipan sumbangan kepada Sdr Abdul Ghafar yang diserang penyakit strok (minor) pada minggu lepas di RISDA Sekijang
Beliau adalah anggota Jingga13 Sekijang dan juga merupakan mantan Ahli Majlis Majlis Daerah Labis.
Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberikan semangat untuk terus merawat penyakit beliau.
Terima kasih juga kepada YB Hjh Natrah dan rakan rakan yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama perihatin membantu. Terima kasih.