Tuesday, 9 March 2021

JINGGA13 KLUANG BERSAMA KEADILAN KLUANG ZIARAH KASIH PUAN AIDA DERITA KANSER PAYUDARA DAN TULANG RAPUH SEMPENA HARI WANITA

 Sempena Hari Wanita, 8 Mac 2021, Jingga 13 Kluang bersama2 Keadilan Kluang meluangkan masa melawat keluarga Sdr M. Ishamuddin bin Khalid di rumahnya , Tmn Sri Kluang.

Isterinya, Pn Aida binti Yusoff, 39 tahun mengalami kanser payudara dan kanser tulang rapuh yang membuatkan lumpuh, hanya terbaring di katil.

Sempena Hari Wanita, kami hadir memberikan semangat agar Pn Aida kuat menghadapi penyakitnya.

Sdr M.Ishamuddin terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan isterinya dan juga seorang anak yang masih kecil.

Sumbangan barangan makanan dan juga barangan keperluan Pn Aida seperti piap saluran kencing, tisu basah dan lain2

Terima kasih kepada semua yang menyumbang terutama SV Prohealth Pharmacy yang prihatin dan banyak membantu Jingga 13 Kluang.

Hadir bersama2 menyampaikan sumbangan,

Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang

Sdr Jaafar, Koordinator Jingga 13 Kluang

dan barisan AJK

Sdr Zakaria

Sdr Kamarudin

Sdr Johan Arif

Pn Teh Ben Siang

Pn Jyanti


Terima kasih


Muafakat - Prihatin - Berani